Ketenangan

Friday, June 23, 2006

Rajin pulak ana membaca....mmm...isteri solehah...

Ape pendapat ana?

xmain r couple2 maa.. ana main couple lepas kawin.. baru best.. insyaAllah..... hehe..

mm.. terbaca skit artikel..(kdg2 die jadi thick-skin..hahahhaha)
xpenah nak serius ckp bab2 nih.... tapi ade sesuatu yg bermanfaat barangkali....

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "ana bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum ana jika ana membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

ful stopp..

ni yang best kalau cite bab hati.. best jadi isteri solehah... tp mcm jauh lg perjalanan nak tuju tuh... bnyk lg kene belajaq maa.. bnyk impian ana nih.. mahu melihat adik2 ana berjaya dulu.. yg lain2 bnyk lg... tp ape2pun nasihat kedua org tua ana tetap akn diambil kira.... sbb.. ana ni milik mak abah... taat tu wajib! loyalty... sekarang ni mesti taat kata mak abah...---->>>>>>>>>

arghhhh.. malasnye ana nak g TOT minds nih.. tp bj sume dah satle..fail pun xamik lg... tandenye xde semangat waja... kete waja!!! hahahahhahaha...

ana suke dgr lagu 'becoz of U' skrg nih... apela merepek xabih2... dah2 la tu kinahhhhhhhh....
opss...wasalam...full stop..bye... sengih skeeettttt........fuhhh

pagi yg hening... selamat berTOT.. ana memgupdate blog ana nih.....

Alhamdulillah...hari ni fasi da mule check in utk MINDS.. ana salah sorang.. bersiap sedia untuk ditraining dlm TOT nanti.. emm... tapi SUB ana xamik MINDS.. :( dan ana dah pun lihat jadual untuk sem akan dtg nih.. erm.. hari isnin dan khamis bakal menjadi hari yg agak sibuk buat ana nnti.. tp ok ah tu sbb.. kedua2 hari tu boley puasa sunat so xyah pk makan.. hehhehe...

mak call semalam.. keadaan kat rumah ana kembali tenang.. point die satu je.. sbb Epi dah xwat hal.. ms ana balik hr tu.. shock! ape la smp mcm tu sekali... die tu abuya.. ana paling respect abah ana sbb abah mampu handle.. dlm ketegangan die mampu berdiam.. ana dah xtahan! melihat mak berimuka.. terlampau mahu menjaga hati Epi.. tapi tidak sekali-kali terlintas di hati ana iri hati atau ape2 ke dgn adik ana.. bg ana kasih syg adlh hak sume dlm family ana........

ana dah xtahan! itulah yg menyebabkan percutian ana yg kalau diikutkan adalah dirancang akn berterusan hingga seminggu hanya jadi 2 hari! itu mak kite Epi! itu abuya! kenapa mesti ditimbulkan soal kasih sayang begitu?? Kak Ina xkisah.. amikla nak bnyk mane.. tp tinggalkan sikit untuk Kak Ina sbb dia yg melahirkan.. dialah di hati ni....

Ingat2 balik ana mcm dlm filem... air mata ana jatuh ke bumi sungguh laju ms tu...sedih yg teramat.... jejak ana kat rumah tu menyebabkan situasi yg begitu bahaya rupanya... so baik ana bawa diri ke mana ada ruang utk ana... mm... KUKTEM la.. malas la ana soal rebut2 kasih sayang nih..... biarla ana jadi orang yg xdirebut dan ana pun xmerebut... ok kan...

hari ni ana lega sbb dengar Epi dah kuar Tabligh ikut abah ana...pastu dah g daftar nak masuk GIATMARA.. tp belajarnye thun depan.. skrg ni die keje berkaitan utk cr pengalaman dulu.... abuya 'pegang'.. tahu je abuya bimbangkan iman Epi.. abuya bimbangkan aqidah Epi... tu pointnye dr pihak abah ana.. xpe ah Ninah beralah.. balik KUKTEm wat keje ok sikit... yup!

mak punye nasi goreng sedap laaaaaa....mak ana jual nasi goreng dan kuih segera...nak jadi mcm
mak.. usahawan suri rumah sepenuh masa!baguihnyeeerrrrrr

G MITC..(Melacca International Trade Centre kut..) tengok pameran pertandingan Rekacipta Negeri Melaka... sambil2 singgah ke Tmn Buaya dan A Famosa.. sebelum tu sungguh dlm dilema nak g melaka ke nak g PWTC... mmm.. ape maknenye? yg pentingnye, ana amik manfaat yg ada.. mana2 pun sm jerk... ehehehehe..

untuk pembaca setia blog ana... ooo... tahu je awak tu... dah la dulu...sebelum tu...
4 perkara yg penting utk ada dlm diri remaja menurut kata2 Imam Hasan AL Bana:
1st-KEIMANAN-->>hati yg suci
2nd-KEIKHLASAN-->>jiwa yg tenang
3rd-SEMANGAT-->>keinginan yg kuat
4th-USAHA-->>keazaman yg membara
ok bereh
wassalam

Thursday, June 15, 2006

I can handle it.. the best way I able to control it...

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ana dapat satu tanggungjawab baru.. perlu struggle utk bertilawah mewakili IPTA ana pule.. InsyaAllah i will do my best... why not i try.. balik rumah ana boleh amik kesempatan yg ada.. abah ana... erm.. teringat zaman abah ana mude dulu.. abah juara Qari kat madrasah.. abuya ana ade suare emas.. ana xde la tapi ilmu tilawah tu dah ada laa.. ana cume perlu praktikkan... InsyaAllah..

mm.. pd ms yg sama ana perlu menyedari bhw ana punya tgjwb yg dah sedia terpegang.. ana TSUB utk expoconvo.. ana perlu bahagi masa dgn baik.. fokus xboleh lari.. ini sudah semestinye dalam pertimbangan ana.. hope I can do my best..

mak ana call.. mm.. ana faham mak dah terasa ana lama xpulang ke rumah... mak cukup tabah dan mak ana cukup memahami... tapi ana mahu pulang lihat dan membelek mak ana.. ana mahu berada di samping mak ana.. rasa menu yg mak ana masak dgn penuh kasih sayang.. nak menjadi pendengar setia mak ana.. begitu juga dgn abuya ana.... even dlm satu tahun boleh dikira patah perkataan yg ana ucapkan pd die, ana yakin die ckup memahami dan sayangkan anak2 gadis die... rindu kg actually......because of you......

pesanan yg selalu diingatkan buat ana.. lakukan sesuatu hanya kerana Allah.. redha Allah... sbb tu dlm family ana xbnyk songeh.. masing2 faham.. mana2 yg sibuk.. mana2 yg ada masalah.. yg penting ingatan pd Allah... cara penyelesaian hnya dgn kembali kpd Allah Taala..... pasti kau peroleh ketenangan...

actually takat racun dalam tubuh mak ana dah meningkat hingga 500++
actually takat darah mak ana dah naik juga hingga 170++
actually ana menyedari ada sedikit masalah yg perlu diselesaikan di rumah
actually ana sgt2 sedar mak ana memerlukan ana masa ni...

"Ya Allah, KAU permudahkan apa jua.. tunjuki daku.. bismillahirrahmanirrahiim.. wamayyattaqillahayaj'allahumakhraja.. wayarzuquminhaithu layahtasib.. wamayyatawakkal'alallahifahuwahasbuh.. innallahabaalighuamrih.....amiin"

wallahu'alam

Wednesday, June 14, 2006

Tepuk dada tanya iman.... erm itulah dia...

Selamat pagi Malaysia... (^^,)

Ana pagi ni cube utk membuka pekung di dada.. hari ni low energy... tapi alhamdulillah ana xde la duduk melayan tidur kat bilik...

surfing2 kat tenet ana terjumpe la artikel yg punya makna yg berguna utk diambil sebagai pandangan yg bernas.... cerita pasal cinta sblm kawin vs cinta lepas kawin.... ana pilih cinta lepas berkahwin ler.. semestinye...

Got the point..meh ana paste skit kat sini.. mai dari Portal Ukhwah tu le...

`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi.
Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat.
Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

ini pendapat ana...
Mahu berkata berkenaan dengan hati usah senang2 berbicara jika tiada ilmu di dada... hati merupakan suatu yg cukup sensitif lebih2 lagi bagi insan yg bergelar perempuan >> ibu.. dan lebih2 lagi yg bergelar muslimah...
percayalah seorang muslim atau muslimah yg benar2 mampu membersihkan hatinya mampu mengatasi kehendak hatinya.. dengan bantuan Allah Taala.. sbb, dia ada senjata yg ckup kuat iaitu doa.. doa>> nak dpt perlindungan Allah Taala dlm kehidupan sehariannya.. nak dpt keberkatan nak dpt REDHA Allah.....
CINTA kepada Allah adalah hak sume.. dan itulah cinta hakiki.. xperlu permit xperlu pasport.. tapi cinta makhluk perlukan ikatan yg sah.. so ana komen skit jerk.. tepuk dada tanya iman...

hujung minggu ni ana balik.. yeah, miss u.. ana akan habiskan masa kat rumah untuk bersembang2 dgn mak ana.. pastu jalan2 tepi pantai lepas 12 tgh mlm dgn abah ana dan adik2 ana.. pastu main dengan mally.. tutty.. waah! BESTNYE!!

boley masak pastu buat kek pastu kite wat rumah kite mcm tmpt main masak2.. waah! best.. best... erm.. pastu kite makan burger lagi.. kite g shopping.. kite g wat market tu mcm rumah kite..waah!

erm.. sume2 tu menggambarkan kerinduan ana kat rumah... lagi satu yg best.. ana nak usha bakal abang ipar... waah! hehe.. dah2 la tu merepek memanjang...

just nak memenuhi blog ana.. meh ana taip skit lagi ye..

selalu kubayangkan bagaimanakah agaknya rasa di tempatmu
di samping kekasih yg membelai hati dan perasaanku
oh kawanku
malu ku nak cerita
kerana kutak mahu kau sampai baca rahsiaku
biarlah tak siapa yg tahu
kejora di dunia batinku

zahir kau lihat
bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yg duka
zahir kau lihat
hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis

kasihku yg setia...
waah jiwang maa.. ana pun xtahu nape la name zahir bnyak sgt.. kalau zahir ade mesti die dah perasan.. hahaha.. nasib la die xtahu ana posting kat blog nih... hahahahaha

dah2..
"Ya Allah, KAU jadikan diriku ini hambaMU yang sentiasa bersyukur.. berikan petunjukMU padaku senantiasa.. jadikan langkahku hanya dengan mengingatiMU...amiinn"

Monday, June 12, 2006

Non stop... keikhlasan ana terus teruji...

Salamzz...

No hal... erm.. ana nak petik satu hadith..
Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw seraya bertanya "Ya Rasulullah, apakah pendapatmu berkenaan dengan sesorang yang keluar berjuang di jalan Allah demi untuk mendapat harta dan pangkat? Apakah yang akan diperolehinya?" maka Rasulullah saw bersabda "Dia tidak akan mendapat apa2 pun" dan kemudian itu Rasulullah saw mengulangi ayat tersebut sehingga tiga kali dan menyatakan "Allah Azzawajalla tidak akan menerima amalan seseorang itu melainkan apa yang dilakukan dengan ikhlas dan demi mendapatkan keseronokan (keredhaanNya)"

Dalam surah as-Syams tak silap ana... Allah telah berfirman ayat tu maksudnya lebih kurang "...maka beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya"

Keseronokan dalam erti kata mengharapkan keredhaanNya.. bukan keseronokan yang sementara.. dapat wang berjuta-juta tapi kalau tiada makna dalam rohani dan jiwa ape maknenye?? suka ana mempersoalkan tapi jarang sekali dengar jawapan.. Allah kurniakan kita bermacam nikmat namun adakah cukup rasa syukur yang kita panjatkan ke hadratNya? selalulah bertanya pada diri kita apakah sudah cukup yang aku berikan kurang2lah mengajukan soalan apa kau buat... sbb.. memberi tu lebih baik dan lebih afdhal dari menerima..

apa2 saja.. ana curi tulang.. maaf pak...
wallahu'alam..

Thursday, June 08, 2006

Singkapan dari sebalik tabir yg memelihara...

Setiap hari ana berdoa Ya Allah, pelihara daku.. Ya Allah, ampuni daku dan Ya Allah TUNJUKI DAKU....

Ana banyak membohongi diri ana sendiri bila ana banyak bermuslihat dengan sahabat ana.. tapi itu semua adalah untuk kebaikan bersama.. untuk mengelakkan diri ana ni dari terjebak dalam permasalahan remaja masa kini.. mybe boleh ditukarkan istilah bohong tu sebab mybe gak ana sebenarnya tak bohong cuma bermadah secara tersirat..

namun if seseorang tu bijak pasti akan menyedari...
arghhh.. keluhan sesaat...dah2 le tu
ok wasalam
i'm stil single today...syukur

Tuesday, June 06, 2006

Susah beno...

ape ah citer yg ana dgr hari ni.. nak tahu siapakah die ilham yg ana maksudkan kt bawah tu?? erm... my father.. abuya ana... sungguh kagum maa.. jgn slh paham lak... tu die lagu mcm jiwang skit.. ana mintak maaf la bab jiwang2 ni.. pandai2 la bawak diri... jg hati... nk berjiwang dgn suami ana nnti ah... yeah.. lame lg tu... tunggu adik2 ana lepas dulu... nasib badan.................

Sunday, June 04, 2006

..:::kau ilhamku:::..

izinkan kumencuri bayangan wajahmu
izinkan kumencuri khayalan denganmu
maafkanlah ooo
andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
kau senyumlah ooo
sekadar memori kita di arena ini
kau ilhamku...kau ilhamku
terima kasih kuucapkan.............

KOMMEK '06

Bismillahirrahmaanirrahiim...
KOMMEK '06 tu la program yg ana join mewakili KUKTEM 2-4 jun.. dah second time g program seumpama tu... mmg jumpe delegasi2 dr U lain kat malaysia ni... KOMMEK anjuran UIAM..pengarah programnye adalah name Ya'kob tak silap.. mantap r die nih... ade sesi rakaman Bicara Siswa.. second time gak masuk TV maa.. tapi mesti xde orang perasannyer... family ana pun bukannye ade TV.. so xde la excited sgt.... actually ana bersyukur dapat jadi mahasiswa yg mampu melibatkan diri dan bergiat aktif di kampus...

Ada sesi LDK utk membincangkan isu2 berkaitan kesatuan kaum Melayu.. ana mcm agresif sikit dalam sesi ni.. semangat yg lahir bagaikan suatu pendorong yg mampu membuat ana lebih yakin... kurnia Allah tu... erm.. ana volunteer utk menjadi pencatit atau kata lainnye setiausaha utk kumpulan ana yg dipimpin oleh wakil dr UITM cwgn Johor xsilap... yer r dah pen kat tngn.. buku pun tersedia.. ape salahnye.. lagipun ana mmg amat2 suke menulis... hehe.. maka secara xlansungnyeana dah menonjolkan diri ana kat sini.... buat cam biase jer...

isu yg common...pengangguran di kalangan graduan Melayu..
permasalahan tersebut dilihat sebagai ssuatu yg serius di kalangan graduan di mana kebanyakannya tidak mampu menawan majikan2 dlm industri utk dilamar bekerja.. huh.. mmg bnyk ideanya... ape2 kite lihat diri sendiri dulu r... salah mahasiswa tu sendiri gak...we have to create the opportunity not to just waiting... waiting n waittttt... yang ana nmpk point yg ckup baik adalah penerapan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa mampu menatasi permasalahan tersebut... keUSAHAwanan bukan terhad pd aktiviti perniagaan shj tapi pointnye adalah usaha... mahasiswa tak boleh lesu dan pasif... we need to be aktive and proactive... bukan tunggu lecturer tp cari lecturer.. bukan harap org suap je tapi kite la yg belajar makan sendiri... bangunlah wahai mahasiswa2ku yg alpha.....(hehe..budjetnyerr la)

mantap ah.....erm tapi kalau setakat bincang isu tp xde follow up maka tu akan jadi sia2 sj... perlukan medium pelaksana pulak... kite yg ade ni wat je scr tak rasminyerr...

I make the decision ms kat UIAM... satu keputusan utk life ana.... hope this is the true....
Berkata2 berkenaan dgn kepercayaan... kita mempercayai dan bersangka baik pd org lain.. tapi bg ana kita perlu sgt2 utk berhati2.. sbb hikmah dlm bertindak adalah berhati2... bukankah begitu?? atur langkah dgn cara yg betul... sekali dah buat keputusan.. so usaha utk jadikan ia satu kenyataan... sungguh ana xsangka laa... punya persamaan... Ya Allah KAU hadirkan yg lebih baik buatku.. itu hambaMu ini ckup yakin.... pelihara daku ya Tuhan.....

ckup dulu.. need to proceed my work...
my religion make me calm...
ketenangan dalam agama.. itu yg kucari... kerna kuyakini ini agama yg kubanggai...
wallahu'alam