Ketenangan

Wednesday, July 19, 2006

Hati ana tak tenang....

Assalamualaikum..

Kembali ana menaip di blog nih.. Ana rasa tak tenang tu tandanya apa?? mm... tu la yang ana sering bermonolog.. why i'm not calm.. di mana ketenangan yg sedia ada dalam diri ana.. satu je point yg ana dapat kenalpasti.. mm.. nak puaskan hati sume org mmg amat2lah sukar.. pointnye adalah mybe ana lalai.. so ana perlu mencari maghfirah Ilahi kembali.. iman perlu selalu dijaga.

Bekerja dalam organisasi selalu menguji kita dari pelbagai sudut dan penjuru.. 360 degree ah katakan kite akan diuji dgn pelbagai dugaan.. Tak kisahla apa pun yang menimpa diri ana, itu semuanya ana yakin ada hikmahnya.. Allah jadikan sesuatu tu adalah yang terbaik untuk diri ana. Tu ana yain 100%...

Kesibukan membuatkan ana kadang kurang rasa selera utk bersantap.. kurang juga rasa boleh lelapkan mata.. kurang juga rasa mahu menlayan kehendak hati.. tapi satu yang ana selalu pelihara.. kalau tak tenang baca Quran.. tu sj..

Beberapa hari yg lalu ana diterjah dengan mesej2 yg agak menyakitkan hati dan mengganggu fikiran ana.. dari seorang makhluk Allah yang ana pun tak faham kenapa tiba2 sj ana yang dipilih untuk menjadi mangsa gangguannya.. ikut awaklah... ana habis2 rasa terganggu pun ana just menangis utk mengurangkan tekanan.. tak pun, call mak ana kat kampung sbb mak ana adalah insan yg paling memahami ana.. dan dalam masa yang sama ana muhasabah diri.. mybe ana ada buat silap.. erm, tapi apa yg terjadi adalah keadaan yg selalu terjadi pd diri ana.. ana akan rasa terganggu sekiranya ana rasa tidak selamat dengan kehadiran lelaki2 yang mengganggu hidup ana.. even ana hidup di KUKTEM ni majoritinya adalah lelaki, tapi certain2 keadaan yg pelik dan mengancam ana, ana akan berasa tidak selesa.. dan as a result, timbul rs benci pd certain2 individu yg berkenaan. Tapi tu ah, ana tak puas hati pun, yg paling penting ana jaga adalah tidak menunjukkan rs memberontak tu secara terang2an.. bahaya utk diri ana..

Target ana agak tinggi utk baiki pointer sem ni.. mm dah lama ana tak merasa dpt the highest mark in the class.. keinginan dan minat ana untuk menjadi seorang engineer wanita muslimah semakin melonjak2.. insyaAllah...

19 july adalah birthday sahabat baik ana.. mm, nta dah meningkat usia yerk.. ini adalah sahabat yg digosipkan dgn ana sepanjang minggu MINDS 06 yg lalu.. tapi satu ana solute sahabat ana ni.. tak termakan dgn desakan keadaan.. maintain jerk sbb masing2 tahu mmg xada apa2 pun antara kami.. ana wat tak kisah dan berlapang dada sj dgn guauan sahabat2 yg lain.. bab2 hati ni tak boleh nak dipaksa.. dan sungguh tak sesuai utk berhipokrit dlm bab2 ni.. terus terang dan bersikap matanglah dlm mendidik hati dan berkata tentang bab hati..

ni ada satu lirik yg best lagi..

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

mm.. seperkara lagi ana yakin SUB ana dalam kepenatan sbb urusan expoconvo'06.. so ana sedarla kat sini peranan ana utk lebih aktif membantu.. ana tak boleh terkesan dgn certain2 individu yg melemahkan semangat ana utk mengendalikan tgjwb dgn penuh dedikasi.. biar ah org nak jeles ke ape.. yg ana tahu ana tetap akn melaksanakan tugas ana dengan cara ana tersendiri.. no limit...

ok dulu..
lega skit dah.. moga2 lepas ni kembali tenang.. mesti! sbb ana adalah ketenangan..
wallahu'alam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home