Rajin pulak ana membaca....mmm...isteri solehah...
Ape pendapat ana?
xmain r couple2 maa.. ana main couple lepas kawin.. baru best.. insyaAllah..... hehe..
mm.. terbaca skit artikel..(kdg2 die jadi thick-skin..hahahhaha)
xpenah nak serius ckp bab2 nih.... tapi ade sesuatu yg bermanfaat barangkali....
Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.
Wanita itu pun berkata: "ana bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum ana jika ana membuat sebarang kesalahan."
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.
ful stopp..
ni yang best kalau cite bab hati.. best jadi isteri solehah... tp mcm jauh lg perjalanan nak tuju tuh... bnyk lg kene belajaq maa.. bnyk impian ana nih.. mahu melihat adik2 ana berjaya dulu.. yg lain2 bnyk lg... tp ape2pun nasihat kedua org tua ana tetap akn diambil kira.... sbb.. ana ni milik mak abah... taat tu wajib! loyalty... sekarang ni mesti taat kata mak abah...---->>>>>>>>>
arghhhh.. malasnye ana nak g TOT minds nih.. tp bj sume dah satle..fail pun xamik lg... tandenye xde semangat waja... kete waja!!! hahahahhahaha...
ana suke dgr lagu 'becoz of U' skrg nih... apela merepek xabih2... dah2 la tu kinahhhhhhhh....
opss...wasalam...full stop..bye... sengih skeeettttt........fuhhh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home