Tepuk dada tanya iman.... erm itulah dia...
Selamat pagi Malaysia... (^^,)
Ana pagi ni cube utk membuka pekung di dada.. hari ni low energy... tapi alhamdulillah ana xde la duduk melayan tidur kat bilik...
surfing2 kat tenet ana terjumpe la artikel yg punya makna yg berguna utk diambil sebagai pandangan yg bernas.... cerita pasal cinta sblm kawin vs cinta lepas kawin.... ana pilih cinta lepas berkahwin ler.. semestinye...
Got the point..meh ana paste skit kat sini.. mai dari Portal Ukhwah tu le...
`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi.
Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat.
Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.
ini pendapat ana...
Mahu berkata berkenaan dengan hati usah senang2 berbicara jika tiada ilmu di dada... hati merupakan suatu yg cukup sensitif lebih2 lagi bagi insan yg bergelar perempuan >> ibu.. dan lebih2 lagi yg bergelar muslimah...
percayalah seorang muslim atau muslimah yg benar2 mampu membersihkan hatinya mampu mengatasi kehendak hatinya.. dengan bantuan Allah Taala.. sbb, dia ada senjata yg ckup kuat iaitu doa.. doa>> nak dpt perlindungan Allah Taala dlm kehidupan sehariannya.. nak dpt keberkatan nak dpt REDHA Allah.....
CINTA kepada Allah adalah hak sume.. dan itulah cinta hakiki.. xperlu permit xperlu pasport.. tapi cinta makhluk perlukan ikatan yg sah.. so ana komen skit jerk.. tepuk dada tanya iman...
hujung minggu ni ana balik.. yeah, miss u.. ana akan habiskan masa kat rumah untuk bersembang2 dgn mak ana.. pastu jalan2 tepi pantai lepas 12 tgh mlm dgn abah ana dan adik2 ana.. pastu main dengan mally.. tutty.. waah! BESTNYE!!
boley masak pastu buat kek pastu kite wat rumah kite mcm tmpt main masak2.. waah! best.. best... erm.. pastu kite makan burger lagi.. kite g shopping.. kite g wat market tu mcm rumah kite..waah!
erm.. sume2 tu menggambarkan kerinduan ana kat rumah... lagi satu yg best.. ana nak usha bakal abang ipar... waah! hehe.. dah2 la tu merepek memanjang...
just nak memenuhi blog ana.. meh ana taip skit lagi ye..
selalu kubayangkan bagaimanakah agaknya rasa di tempatmu
di samping kekasih yg membelai hati dan perasaanku
oh kawanku
malu ku nak cerita
kerana kutak mahu kau sampai baca rahsiaku
biarlah tak siapa yg tahu
kejora di dunia batinku
zahir kau lihat
bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yg duka
zahir kau lihat
hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis
kasihku yg setia...
waah jiwang maa.. ana pun xtahu nape la name zahir bnyak sgt.. kalau zahir ade mesti die dah perasan.. hahaha.. nasib la die xtahu ana posting kat blog nih... hahahahaha
dah2..
"Ya Allah, KAU jadikan diriku ini hambaMU yang sentiasa bersyukur.. berikan petunjukMU padaku senantiasa.. jadikan langkahku hanya dengan mengingatiMU...amiinn"

0 Comments:
Post a Comment
<< Home