WoMeN hEaR tHiS...(^^,)
Ana mula posting kat lmn student U ana.. sempena dgn program yg bakal dianjurkan oleh exco ana... ape2 pun sebenarnye bnyk peringatan utk diri ana sendiri.. sume tu bab2 hati... wanita dan perasaan mmg mcm kembar xseiras la katakan...kt bwh ni ana pastekan juga ape yg ana posting tu..
WoMeN hEaR tHiS... (^^,)- dah episod 6dah sebenarnye.......
MOFAT menulis "Beliawanis Yang Sedang Bercinta yang dihormati. Ana dapat dari Ukhwah.com........
Zaman muda adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaan seharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amat mencabar yang akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah. Nabi telah bersabda: "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah ditanya kepadanya tentang 4 perkara:
Tentang umurnya, dimana dihabiskannya, TENTANG MUDANYA, apa yang telah dilakukan dengannya, tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya.Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (Hadis Tarmuzi)
Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrah ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya: "Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara- perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Ali-Imran 3:14)
Dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta di antara lelaki dan perempuan. Terlampau cintakan yang lain daripada Allah, boleh menyemaikan benih-benih syirik di hati.
"Ada di antara manusia yg telah mengambil SEKUTU-SEKUTU SELAIN DARIPADA ALLAH YANG MEREKA CINTAI sebanding kecintaan mereka kepada Allah. Adapun orang yg benar-benar beriman, amat memuncak kecintaan mrk kpd Allah." (Al-Baqarah 2:165)
Ayat ini menceritakan tntg kecintaan / kasih / pemujaan kepada makhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dlm melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendak makhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yg membuta tuli amat membinasakan.
Bila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta Allah, jadilah khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia & Sukan keatas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.
Lapuran akhbar bertarikh 1 November, 1995 menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan
Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat keatas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di
Wilayah Persekutuan, dimana didapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggani pelacur-pelacur.
Inilah manifestasinya bila nafsu mengatasi iman. Cinta yang melahirkan manifestasi yang seperti ini akan membawa kepada kehancuran.
Amat berbeza sekali sikap mereka yang benar-benar beriman, yang mana tindakan mereka sentiasa dikawal oleh batas-batas syariat.
Di dalam Al-Hilyah, disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah,sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi: "saya cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dgn seorang yang kafir."
Inilah ungkapan hasil daripada suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.
Zina yang ikhlas tidak pernah wujud di dalam Islam. Zina adalah haram dan tidak ada sebarang keikhlasan yg dapat menghalalkannya. Saya harus mengatakan bahawa keadaan saudari adlh sama
seperti seorang Datuk yang kisahnya telah dilaporkan oleh akhbar pada 6 Ogos, 1999. Beliau telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dgn seorang pembaca berita RTM. Beliau
mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana dia telah berazam untuk mengahwininya slps ini.
Inilah nilai yg sdg melanda dunia pd hari ini: seks adlh suci walaupun tanpa perkahwinan!
Pd pengamatan saya, dunia pd hari ini sdg dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yg telah meruntuhkan Empayar Rom. Edward Gibbon dlm bukunya "The History of Decline and Fall of the Roman Empire" telah menulis: "Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom tlh runtuh sehingga ramai orang memilih jalan utk hidup bebas?..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sdg berada di ambang keruntuhan yg paling dahsyat sekali."
Saya harus mengatakan bhw nilai pd hr ini banyak diasaskan kpd konsep "Machiavellianisme" yg dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yg bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dlm bukunya "The Prince" tlh menekankan konsep "the end justifies the means" ataupun "niat membersihkan cara." Maksudnya, asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adlh halal bagi Machiavelli.
Itulah yg akan berlaku andaikata nilai-nilai agama diketepikan.Sebagai contoh, sebuah perkampungan di Alwar, India tlh mengiktiraf pelacuran sbg suatu perkhidmatan yg baik. Perkhidmatan seks di tepi lebuhraya yg menghubungkan Delhi dan Gujurat ini, dianggap sebagai aktiviti kebajikan sosial yg terpuji. Inilah contoh nilai yg keji yang tidak diperlukan oleh dunia moden.
Ada yg mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas pd hari ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan, dan nilai agama adalah kolot. Jika demikian mari kita perhatikan hasil yg telah disumbangkan oleh seks bebas. Ia telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar "ada Spiegel" telah menjadikan tajuk "AIDS in Asia - Killer epidemic in sex paradise (AIDS di Asia -wabak pembunuh di syurga seks)," sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pd tahun 1997.Kajian tambahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika pada tahun 1998, mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada 2 kali ganda kemungkinan diserangi gangguan emosi di dalam hidup mereka. (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics) Sumbangan yg seperti inikah yg hendak kita banggakan?
Kita di Malaysia juga tlh dimalukan dgn penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Inilah hasil kemajuan dan kemodenan jika agama dipinggirkan. Kita perlu belajar daripada keruntuhan Rom!
Islam menekankan bahawa niat dan cara kita perlu betul di dalam setiap perlakuan. Niat yg betul bermaksud ikhlas, cara yg betul bermaksud selari dgn syariat. Syariat telah mengharamkan zina justeru itu hendaklah kita menjauhinya, demi kebaikan kita sendiri.Nabi telah bersabda: "Selepas dosa syirik kpd Allah, tidak ada dosa yg lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya." (Hadis Ahmad & Thabrani)
Nilai akhlak inilah yg merupakan landasan dan kayu pengukur bg kita. Akhlak tidak menghalang
kehendak-kehendak fitrah, ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.
"Isterimu adlh ladang bagimu maka datangilah isterimu dgn cara mana yang kamu mahu.." (Al- Baqarah: 223)
Dlm bahasa mudah, slps berkahwin, puaskanlah nafsumu dgn isteri atau suamimu sesuka hatimu, melainkan dgn cara yang jelas tlh diharamkan, krn kemudaratannya.
Jadi, berhati-hatilah dlm bercinta, jangan sampai tergadai maruah dan harga diri kerananya. Cinta
terhadap manusia boleh dikawal jika kita hendak mengawalnya. Landasan yg hendak saya
cadangkan utk pegangan mereka yg sedang bercinta ialah: 'berpesan pesanan di atas kebenaran dan berpesan-pesanan di atas kesabaran.'
Sebenarnya cinta yang paling bermakna ialah cinta selepas berkahwin,bukan sebelumnya! Utamakanlah cinta kepada ALLAH.. yeah tu pointnye...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home