Ketenangan

Thursday, July 27, 2006

WoMeN hEaR tHiS...(^^,)

Ana mula posting kat lmn student U ana.. sempena dgn program yg bakal dianjurkan oleh exco ana... ape2 pun sebenarnye bnyk peringatan utk diri ana sendiri.. sume tu bab2 hati... wanita dan perasaan mmg mcm kembar xseiras la katakan...kt bwh ni ana pastekan juga ape yg ana posting tu..

WoMeN hEaR tHiS... (^^,)- dah episod 6dah sebenarnye.......



MOFAT menulis "Beliawanis Yang Sedang Bercinta yang dihormati. Ana dapat dari Ukhwah.com........

Zaman muda adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaan seharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amat mencabar yang akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah. Nabi telah bersabda: "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah ditanya kepadanya tentang 4 perkara:

Tentang umurnya, dimana dihabiskannya, TENTANG MUDANYA, apa yang telah dilakukan dengannya, tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya.Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (Hadis Tarmuzi)

Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrah ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya: "Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara- perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Ali-Imran 3:14)

Dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta di antara lelaki dan perempuan. Terlampau cintakan yang lain daripada Allah, boleh menyemaikan benih-benih syirik di hati.

"Ada di antara manusia yg telah mengambil SEKUTU-SEKUTU SELAIN DARIPADA ALLAH YANG MEREKA CINTAI sebanding kecintaan mereka kepada Allah. Adapun orang yg benar-benar beriman, amat memuncak kecintaan mrk kpd Allah." (Al-Baqarah 2:165)

Ayat ini menceritakan tntg kecintaan / kasih / pemujaan kepada makhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dlm melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendak makhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yg membuta tuli amat membinasakan.

Bila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta Allah, jadilah khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia & Sukan keatas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.

Lapuran akhbar bertarikh 1 November, 1995 menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan
Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat keatas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di
Wilayah Persekutuan, dimana didapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggani pelacur-pelacur.

Inilah manifestasinya bila nafsu mengatasi iman. Cinta yang melahirkan manifestasi yang seperti ini akan membawa kepada kehancuran.

Amat berbeza sekali sikap mereka yang benar-benar beriman, yang mana tindakan mereka sentiasa dikawal oleh batas-batas syariat.

Di dalam Al-Hilyah, disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah,sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi: "saya cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dgn seorang yang kafir."

Inilah ungkapan hasil daripada suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.

Zina yang ikhlas tidak pernah wujud di dalam Islam. Zina adalah haram dan tidak ada sebarang keikhlasan yg dapat menghalalkannya. Saya harus mengatakan bahawa keadaan saudari adlh sama
seperti seorang Datuk yang kisahnya telah dilaporkan oleh akhbar pada 6 Ogos, 1999. Beliau telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dgn seorang pembaca berita RTM. Beliau
mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana dia telah berazam untuk mengahwininya slps ini.

Inilah nilai yg sdg melanda dunia pd hari ini: seks adlh suci walaupun tanpa perkahwinan!

Pd pengamatan saya, dunia pd hari ini sdg dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yg telah meruntuhkan Empayar Rom. Edward Gibbon dlm bukunya "The History of Decline and Fall of the Roman Empire" telah menulis: "Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom tlh runtuh sehingga ramai orang memilih jalan utk hidup bebas?..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sdg berada di ambang keruntuhan yg paling dahsyat sekali."

Saya harus mengatakan bhw nilai pd hr ini banyak diasaskan kpd konsep "Machiavellianisme" yg dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yg bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dlm bukunya "The Prince" tlh menekankan konsep "the end justifies the means" ataupun "niat membersihkan cara." Maksudnya, asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adlh halal bagi Machiavelli.

Itulah yg akan berlaku andaikata nilai-nilai agama diketepikan.Sebagai contoh, sebuah perkampungan di Alwar, India tlh mengiktiraf pelacuran sbg suatu perkhidmatan yg baik. Perkhidmatan seks di tepi lebuhraya yg menghubungkan Delhi dan Gujurat ini, dianggap sebagai aktiviti kebajikan sosial yg terpuji. Inilah contoh nilai yg keji yang tidak diperlukan oleh dunia moden.

Ada yg mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas pd hari ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan, dan nilai agama adalah kolot. Jika demikian mari kita perhatikan hasil yg telah disumbangkan oleh seks bebas. Ia telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar "ada Spiegel" telah menjadikan tajuk "AIDS in Asia - Killer epidemic in sex paradise (AIDS di Asia -wabak pembunuh di syurga seks)," sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pd tahun 1997.Kajian tambahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika pada tahun 1998, mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada 2 kali ganda kemungkinan diserangi gangguan emosi di dalam hidup mereka. (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics) Sumbangan yg seperti inikah yg hendak kita banggakan?

Kita di Malaysia juga tlh dimalukan dgn penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Inilah hasil kemajuan dan kemodenan jika agama dipinggirkan. Kita perlu belajar daripada keruntuhan Rom!

Islam menekankan bahawa niat dan cara kita perlu betul di dalam setiap perlakuan. Niat yg betul bermaksud ikhlas, cara yg betul bermaksud selari dgn syariat. Syariat telah mengharamkan zina justeru itu hendaklah kita menjauhinya, demi kebaikan kita sendiri.Nabi telah bersabda: "Selepas dosa syirik kpd Allah, tidak ada dosa yg lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya." (Hadis Ahmad & Thabrani)

Nilai akhlak inilah yg merupakan landasan dan kayu pengukur bg kita. Akhlak tidak menghalang
kehendak-kehendak fitrah, ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

"Isterimu adlh ladang bagimu maka datangilah isterimu dgn cara mana yang kamu mahu.." (Al- Baqarah: 223)

Dlm bahasa mudah, slps berkahwin, puaskanlah nafsumu dgn isteri atau suamimu sesuka hatimu, melainkan dgn cara yang jelas tlh diharamkan, krn kemudaratannya.

Jadi, berhati-hatilah dlm bercinta, jangan sampai tergadai maruah dan harga diri kerananya. Cinta
terhadap manusia boleh dikawal jika kita hendak mengawalnya. Landasan yg hendak saya
cadangkan utk pegangan mereka yg sedang bercinta ialah: 'berpesan pesanan di atas kebenaran dan berpesan-pesanan di atas kesabaran.'

Sebenarnya cinta yang paling bermakna ialah cinta selepas berkahwin,bukan sebelumnya! Utamakanlah cinta kepada ALLAH.. yeah tu pointnye...

Monday, July 24, 2006

25th July 2006 (mY 21st BiThDaY)...(^^,)

Assalamualaikum..

Hari ini usia ana dah genap 21 tahun. Berbicara tentang azam baru. Mmm, sejak dulu mmg bnyk yg ana impikan tapi kali ni mungkin ana letakkan satu azam baru iaitu menzahirkan ketenangan pd diri ana.. mm, ada pulak nama zahir kat sini.. kebetulan sj.. mm.. disamping mahu memperbaiki kelemahan2 yg ada..

Pesanan mak ana: Jadi lebih matang untuk hadapi hari mendatang

Xda bnyk yg ana nak luahkan utk hari ni cuma ada rs terharu dek kejutan roomate2 ana menyambut besday ana malam semalam.. ada hadiah ada kek ada air dan ada gak doa dan air mata..(hehe..budjet gempak) ape2 pun terima kasih pd kak dalina.. aiza.. azie.. mmg xleh lupe la.. ok dulu

takziah ana ucapkan pd Kak Nurmyiti. baru kematian ayahnya yg tercinta.. ana hnye sempat hntr akak tu ke terminal utk dia balik.. Al Fatihah.......hayat dan pertemuan semua dlm genggagman Tuhan.. sampai masa siapa sangka..

wasalam

Saturday, July 22, 2006

Confident..trust your God n trust youself....

"Apa keputusan yg kinah wat xslh lgsg.Sbb knh yg knl dr sndr. kptsn 2 adlh yg t'baik utk knh"
-dari kawan baik ana-

22Julai2006 merupakan satu hari yg menyedihkan.. dah ckup menyedari, ana xkan biar ada lagi hari yg semacam itu.. pointnye yg nak menceriakan hidup ni adalah diri kita sendiri.. hari ni ana akan cover balik dan hari2 yg seterunya akan jadi hari yg bermakna buat diri ana.. Neva look back if back is too hard to be remember... ok.

kdg2 tindakan ana terburu2.. dan kdg2 juga ana kurang bersabar dlm certain2 hal.. tapi mcm tu kurang baik.. so lps ni ana perlu utk lebih berlapang dada dan eguh pendirian.. buat sesuatu bukan kerana sesuatu tapi kerana Allah.. itu sj..

IE__assigmen, MD__assignment
satlled..
wallahua'lam

Friday, July 21, 2006

Sakinah.. nak pergi mana.. balik2

Lost...where....WHAT??

Ana banyak berfikir.. sepertimana ana kebingungan memikirkan satu solution 6 tahun yg lalu.. sewaktu ana form3.. masa tu problemnye adalah...
'nak ikut family berhijrah ke Australia atau tidak?'
Then pd akhirnya, solution yg ana buat adalah..
'tidak ikut'
dan entetan dari situlah ana dah amik risiko.. hidup seorang diri tp still dlm pantauan pak saudara dan nenek ana.. nak pergi mana suka hati.. nak buat apa suka hati... hikmahnya..
'ana fahami erti kasih syg.. ana belajar hidup berdikari..'

mm, walaupun English ana sebenarnye bnyk yg perlu diimprovekan lagi, ana nak juga typing in English..

I just want to be a student.. thinking about study and sacrifice to know information about she/he is study on.. If I took part in an event, I can do what I should do.. dont push me on what I never understand.. I actually had lost my planning on mylife because of something that I never understand.. why I feel so numb.. why I cant accept that and this?? since when my life change??

Kalau dulu, ana sungguh berminat untuk mengetahui tentang itu dan ini tentang agama ana.. tapi hari ini apa yg dikalangan itu sendiri yg menyebabkan ana sukar menerima apa yg ana cari2 itu.. sibuk memikirkan betul atau tidak tindakan ana nih? betul ke jalan ana ni? lama2 apa nak jadi pada diri ana?? bukan ini yg sepatutnya jadi kesibukan ana... dah tercicir.. bnyk yg tercicir..................kerana sibuk fikir bende yg remeh.. ilmu susah sampai pd ana.. boleh tak kalau ana nak lupakan segala permasalahan itu?? dan just buat diam??? diam diam dan diam??
jadi utk permasalahan ana kali ni solutionnya adalah.......

'diam'
'relevennya ana kata cmtu, tugas ana dihantar ke sini adalah tuntut ilmu.. dalam lapangan yg dah ana pilih.. bukan sibuk dengan apa yg pelik2.. dan yg sendiri pun xboleh terima'

Biarla org nak kata ana ni ntah ape2.. ana tak kisah yg penting hati ana tenang.. ana jumpa kembali diri ana.. ana jelas kembali adik2 ana ramai lagi.. impian ana nak melihat kejayaan mereka dan ana mahu bantu mak abah ana yg dah susah payah melahirkan membesarkan.. itu yg termampu ana lakukan...sbb, ana diajar utk TAAT pd Allah.. ibubapa.. then pd suami.. dan pesan mak abah ana, belajar molek2.. ni kalau dah confuse memanjang tak ke dah lari dr matlamat asal?

how can i push myself to do something I never understand about it? how?

-------------------------------------------------------------------------------------
dah2 berkata tntg mslh.. ana nak lupakan.. ni bukan waktunya utk jadi tak matang.. assignment ana bnyk.. mesti siapkan dengan pemahaman.. ana dah sem5.. nak wat PSM lak nnti.. yg sampingannya mcm expoconvo, WHAT dan sbgnya tu sume no.2...

dan yg paling penting juga adalah diri ana ni dgn Allah.. hati tak tenang ni org kata sbb semakin jauh.. so ana kene cari kembali..

ckup dulu
wallahu'alam

Wednesday, July 19, 2006

Hati ana tak tenang....

Assalamualaikum..

Kembali ana menaip di blog nih.. Ana rasa tak tenang tu tandanya apa?? mm... tu la yang ana sering bermonolog.. why i'm not calm.. di mana ketenangan yg sedia ada dalam diri ana.. satu je point yg ana dapat kenalpasti.. mm.. nak puaskan hati sume org mmg amat2lah sukar.. pointnye adalah mybe ana lalai.. so ana perlu mencari maghfirah Ilahi kembali.. iman perlu selalu dijaga.

Bekerja dalam organisasi selalu menguji kita dari pelbagai sudut dan penjuru.. 360 degree ah katakan kite akan diuji dgn pelbagai dugaan.. Tak kisahla apa pun yang menimpa diri ana, itu semuanya ana yakin ada hikmahnya.. Allah jadikan sesuatu tu adalah yang terbaik untuk diri ana. Tu ana yain 100%...

Kesibukan membuatkan ana kadang kurang rasa selera utk bersantap.. kurang juga rasa boleh lelapkan mata.. kurang juga rasa mahu menlayan kehendak hati.. tapi satu yang ana selalu pelihara.. kalau tak tenang baca Quran.. tu sj..

Beberapa hari yg lalu ana diterjah dengan mesej2 yg agak menyakitkan hati dan mengganggu fikiran ana.. dari seorang makhluk Allah yang ana pun tak faham kenapa tiba2 sj ana yang dipilih untuk menjadi mangsa gangguannya.. ikut awaklah... ana habis2 rasa terganggu pun ana just menangis utk mengurangkan tekanan.. tak pun, call mak ana kat kampung sbb mak ana adalah insan yg paling memahami ana.. dan dalam masa yang sama ana muhasabah diri.. mybe ana ada buat silap.. erm, tapi apa yg terjadi adalah keadaan yg selalu terjadi pd diri ana.. ana akan rasa terganggu sekiranya ana rasa tidak selamat dengan kehadiran lelaki2 yang mengganggu hidup ana.. even ana hidup di KUKTEM ni majoritinya adalah lelaki, tapi certain2 keadaan yg pelik dan mengancam ana, ana akan berasa tidak selesa.. dan as a result, timbul rs benci pd certain2 individu yg berkenaan. Tapi tu ah, ana tak puas hati pun, yg paling penting ana jaga adalah tidak menunjukkan rs memberontak tu secara terang2an.. bahaya utk diri ana..

Target ana agak tinggi utk baiki pointer sem ni.. mm dah lama ana tak merasa dpt the highest mark in the class.. keinginan dan minat ana untuk menjadi seorang engineer wanita muslimah semakin melonjak2.. insyaAllah...

19 july adalah birthday sahabat baik ana.. mm, nta dah meningkat usia yerk.. ini adalah sahabat yg digosipkan dgn ana sepanjang minggu MINDS 06 yg lalu.. tapi satu ana solute sahabat ana ni.. tak termakan dgn desakan keadaan.. maintain jerk sbb masing2 tahu mmg xada apa2 pun antara kami.. ana wat tak kisah dan berlapang dada sj dgn guauan sahabat2 yg lain.. bab2 hati ni tak boleh nak dipaksa.. dan sungguh tak sesuai utk berhipokrit dlm bab2 ni.. terus terang dan bersikap matanglah dlm mendidik hati dan berkata tentang bab hati..

ni ada satu lirik yg best lagi..

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

mm.. seperkara lagi ana yakin SUB ana dalam kepenatan sbb urusan expoconvo'06.. so ana sedarla kat sini peranan ana utk lebih aktif membantu.. ana tak boleh terkesan dgn certain2 individu yg melemahkan semangat ana utk mengendalikan tgjwb dgn penuh dedikasi.. biar ah org nak jeles ke ape.. yg ana tahu ana tetap akn melaksanakan tugas ana dengan cara ana tersendiri.. no limit...

ok dulu..
lega skit dah.. moga2 lepas ni kembali tenang.. mesti! sbb ana adalah ketenangan..
wallahu'alam...

Sunday, July 16, 2006

that's my responsbility.....wake up and look out!

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Ana xbleh taip bnyk... sbb bnyk sgt komitmen ni... hope I can do my best....
wallahu'alam

Monday, July 10, 2006

Hari yang agak memenatkan....

Seandainya dunia bukan milikku..
Itu bukan kekecewaan bagiku..
Itu harapan yang tertitip..
Yang selebihnya..
Ana berserah.......
Padamu ya Rabbu 'Izzati...

Ketenangan yang ku damba..
Telah terpahat dalam jiwa..
Namun hakikat rindu dan cinta..
Tak mungkin dapat ku baca..
Kerana perlu sabar dan masa..

Keringat ku perahi..
Kepahitan ku rasai..
Namun kerna kasih Ilahi..
Kebahagiaan ana yakin pasti..
Di negeri yang abadi...

cewwah!! cipta sajak le pulak... well.. mentang2 la dah dpt tapak baru nk explore tenet...
ketawa sin chan.. ha..ha..ha..ha