Kebal
Basmalah...
Dugaan satu kebiasaan bagi ana. Pd waktu ni ana hanya mahu berbicara tentang apa yg ana rasa dan itulah apa yg difikirkan di pihak ana. Segala yg berlaku ana sebut pasti punya hikmah.
Seseorang yg sentiasa cuba memperbaiki kehidupannya dari sehari ke sehari akan pasti diuji dan dia memperoleh rahmat petunjuk hidayah dari Allah dengan mengambil iktibar secara bijak. Melihat kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan ianya melibatkan empunya diri sebagai yang dituduh.. tindakan terbaik adalah diam sekiranya tidak faham.. yup, DIAM sekiranya tidak faham. Dan ana tambahkan satu lagi, diam dan tenang.. Kalau dlm term bhs Arab, kebetulan terkena pd makna nama ana sendiri.. SAKINAH maksudnya boleh jadi ketenangan dan dalam kamus marbawi maksudnya keDIAMan.
Ana wujudkan satu situasi.. andainya ana sendiri difitnah.. atau dituduh menyebarkan khabar angin, membunuh ataupun melakukan apa jua bentuk kesilapan yg mengaibkan.. tindakan paling bijak adalah 1st sekali diam dan bertenang dan cuba siasat atau kaji kembali apa perkara sebenar.. lagi bagus dan sewajarnya berlaku.. seseorang yg punya pertimbangan yg baik akan berhati2.. kalau benda ni serius, pasti ada yg terasa hati.. pasti ada yg tersalah faham dan pasti ada kebenarannya.. so I must becareful in whatever action I will make.. buat apa nak cuak kalau kita secara personally tahu yg diri kita tidak melakukan perkara tersebut.. sbb, KEBENARAN PUNYA HAK UNTUK MENANG.
Abah ana selalu tekankan HATI merupakan sesuatu yg sungguh sensitif dan amat penting untuk dijaga. Dan dari situ ana telah banyak diuji. Bukan hati sendiri shj perlu dijaga bahkan hati sahabat lelaki dan perempuan juga perlu dan teramat2 penting untuk dijaga. Andai tersalah sangka cepat2 follow up pergi bersemuka pd ms yg sesuai dan turunkan ego yg ada dlm diri minta maaf.. xrugi.. dan seorang sahabat yg benar2 memahami xkan menolak maaf yg dipinta.
Teringin untuk memperkatakan tentang hak seorang sahabat.. Untuk dipercayai.. kalau ana, ana sungguh kecewa bilamana sahabat ana meragui ana. Level ukhwah paling rendah adalah bersangka baik. Tu kata ustaz ana. Jadi untuk sahabat2, peliharalah hak seorang sahabat yg lain.. usahlah menusuk hatinya dengan sembilu yg maya..
Abah juga kata.. sedih, gembira adalah bohong belaka di dunia.. semuanya ujian belaka.. sedih atau gembira yg penting bersyukur dan terus bersyukur lillahiTa'ala. Sedih atau gembira senyum juga.. sbb, sesuatu musibah adalah pengajaran dan suatu kegembiraan adalah peringatan juga.
Yup ana hadapi masalah se dua hari ni.....tapi,
Ana lebih suka perkara ini dilupakan dan ana sekali-kali tidak mahu berasa kecewa mahupun apa2 pada sesiapa yg terlibat. Ana cuma mahu kecewa pd diri ana dan ana mahu memperbaiki. Sungguh ana terkilan tentang certain2 perkara tetapi adalah lebih baik sekiranya ana BERJIWA BESAR dengan mempbuat pertimbangan yg baik serta meneruskan perjuangan sedia ada. Tak kisahlah pandangan manusia atau apa sj tanggapan... itu semua sedikitpun tidak akan boleh menghalang ana dari terus bersangka baik dgn Tuhan.
"Ya Allah, ENGKAUlah yg memahami diriku dan mengetahui apa2 yg berada di sebalik pengetahuanku, kurniakan daku petunjuk dari sebenar2 petunjuk dan ampuni daku ya Allah"
I hope my action about this matter is not wrong. I hope I will not repeat the same mistake and I do apologize to all my friend and I am forgeting other mistake to me.
Matured in taking wise decision is very important to be done by everyone actually. Dan ana akan bertindak matang hanya dengan berdiam diri untuk kali ni dan kesekian kali sekalipun. Andai ada yg salah perlu dibetulkan pada masa tu ana akan bertindak dan yg lain2 tu ana hanya akan serahkan pd Allah untuk mengejutkan hati2 itu supaya menyedari apa2 yg sepatutnya mereka sedar. Sesungguhnya ana adalah manusia biasa dan ana tidak biasa dengan certain2 keadaan yg ana tak biasa menghadapinya dalam didikan kedua ibubapa ana. Dan di sini ana hanya mengharapkan supaya Allah menjadikan hati sahabat2 ana bersangka baik kalau bukan pada ana pada sahabat2 mereka yg lain..
Ya ALLAH, Maha Suci ALLAH, jadikan hati ini terus bersyukur dengan setiap rintangan dlm perjalanan hidupku yg Kau pelihara ini.. Dan lindungi kami dengan rahmatMU Tuhan.
wbllahitaufiq.
Full stop.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home