Berbicara tentang 'couple' dan masalah hati...
Salam pembuka bicara. Ana tertarik sungguh dgn permasalahan yang ana jadikan title ana hari ni.. isu yg timbul adalah bila seseorang, esspecially perempuan la.. ana menaip bagi pihak perempuan because I am one of them.. ha.. bila seorang mahasiswi 'ada' ataupun dah 'ada'.. apa yg ana maksudkan tu mungkin dah ada yg meminati atau diminati.. berkenan atau yg dikenan.. fhm2 sendiri sj la term yg ana gunakan..
Terkadang ana memikirkan apa yg siswi2 ni titikberatkan dalam perhubungan seumpama itu. Dan satu kenyataan yg ana pandang serius adalah jihad nafsu adalah jihad paling sukar dalam kehidupan ini. Jadinya terkadang bila isu itu ditimbulkan dan ada segelintir pihak yg lansung memandang perkara ini sbg sesuatu yg remeh.. ana rasa tak patut.. sbb.. kat situ laa ana dah nmpk mcm mn la org mcm ni nk faham mad'u die.. satu fenomena yg dah sebati dgn kehidupan remaja dan mahasiswa mahasiswi..
Melihat dan menilai dgn mata hati tentang satu2 perkara amat penting. Contoh.. sbg senior atau mentor atau fasilitator dan sbgnya.. amat penting juga untuk memahami situasi dan menguasai situasi yg berlaku. Lihat dari sudut yg global jgn sampai tersalah langkah last2.. hancur.. mad'u ke mana.. dakwah ke mana.. abah ana pernah kata.. even org tu seorang penagih dadah, dia masih ada hak untuk kembali ke pangkal jalan.. mendapat hidayah Allah dan masuk syurga.. kita xboleh sisihkan.. dan dalam bab2 couple ni kalau kita mampu membawakan sesuatu yg mampu menyedarkan org2 yg terbabit tntg apakah realiti dan hakikat sebenar perhubungan yg dibenarkan di sisi Islam tu sendiri..
Bermula segala sesuatu tu adalah harus.. apa yg menjadikannya haram atau yg lain adalh situasi yg timbul hasil perlakuan dan kesannya yg buruk pd manusia.. mengabaikan hak Allah dan lain2.. dan bagi ana kalau mahasiswi nak cari pasangan tak salah.. tak salah.. malah perlu untuk menilai seseorang kerana dia juga bakal punya masa depan dan berhak menentukan masa depannya dengan bantuan dan lindungan Allah Taala. TAPI.. kalau term 'couple' kat atas tu ana hanya akn gunakan untuk yg berdua2an.. jelas mengabaikan syariat dan lansung xmatang dalam bertindak..
Perlu faham perbezaan antara fitrah dan melayan.. fitrah sesuatu yg memang Allah jadikan tapi yg term melayan tu adalah lansung xda usaha untuk mengawal.. control perasaan.. dan tak pernah rasa bersalah.. jangan sampai buat fitrah jadi fitnah.. sebaik-baiknya pelihara fitrah untuk terus jadi sesuatu yg indah dalam diri.. (jalan berdua2an, bertepuk tampar, pegang sana sini.. terhegeh2.. terlompat2..)
Allah pasti akan uji sesiapa saja yg DIA mahu berkenaan dengan bab hati.. sume org pasti akan hadapi ujian pada hati. Cumanya cara mengatasi dan mengendalikan menurut perintahNYA dan landasan syariat Islam.. tu paling penting.. ana ulangi berkenaan dgn pertimbangan dan penilaian yg baik.. banyak2 la sikit berfikir secara matang dan realistik.. apa kesan.. apa tujuan.. banyak2 buat solat istikharah even xde maslah hati pun.. minta petunjuk Allah berkenaan apa sj dalm hidup ni.. nak buat keputusan apa kelak.. buat sejak dari awal mudah2an selamat di hari muka.
Maruah tu satu benda yg Allah amanahkan pd kita. Sgt penting untuk memeliharanya.. so.. pandai2 la sahabat2 jaga dan pelihara nikmat Allah tu..
wallahu'alam
sebarang komen boleh kongsi kat alhidayah_85@yahoo.com

0 Comments:
Post a Comment
<< Home